Saturday 12 May 2012

Jawapan Latihan Tubi Bab 3 : Peratusan


Soalan 1:

Tan Sui Eng menjual sebuah poster gambar dengan harga RM40. Tan Sui Eng mengalami kerugian sebanyak 20% dengan penjualan pada harga tersebut.
Berapakah harga beli poster tersebut?
A. RM40
B. RM50
C. RM60
D. RM70

Kaedah penyelesaian

Jawapan: B

Andaikan Harga Jual RM40 ialah 80%. Maka harga beli ialah 100%

Jadi :

80% = RM40
100%
= (100/80) x RM40
= RM50



Soalan 2:

30% daripada 5000 - 20% daripada 2 000 ialah
A 400 
B 1100 
C 3000 
D 3010



Kaedah penyelesaian
Jawapan: B
(30/100)5000 – (20/100)2000
= 1500 – 400
=1100



Soalan 3;


Ali ada 50 epal dan dia dapati 20% daripada epal rosak. Berapa epal baik yang tinggal?


Kaedah penyelesaian


  1. Kita tahu 50 epal = Semua epal = 100%
  2. Nak cari 20% from the 100% atau 20% from the 50 epal

100% = 50
20%
 = 20/100 * 50
= 10

Jadi,  20% of 50 epal adalah 10 epal.

Dan
Jumlah epal yang tak rosak = Jumlah keseluruhan asal – Jumlah yang rosak
** kita dah kira yg bilangan epal yang rosak = 10

Jadi
Bilangan epal yang tidak rosak
 = 50 – 10
= 40 epal



Soalan 4:

Ali membeli beberapa durian di pasar malam dan dia memberi 20% durian kepada jirannya. Jiran Ali mendapat 30 durian daripada Ali. Ali membeli berapa durian?

Kaedah Penyelesaian

1. Kita tahu yang 30 durians = 20% dari jumlah keseluruhan durian yang Ali telah beli
2.  Gunakan maklumat itu untuk cari jumlah 100%.
Gunakan formula berikut:-

20% —————————— 30 durians

100% —————————— Berapa durian?

100 X 30
     20
150 durians

Jadi,  Ali membeli 150 durian.

No comments:

Post a Comment